Penting (Sila baca)

Sila gunakan Pelayar Web Internet Explorer. Pelayar lain seperti Mozilla Firefox, Chrome dan Oracle tidak serasi dengan Laman Web ini.

 

PENGENALAN

 

Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)  dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).

Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.

Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.

Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran  (KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu.

Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.

JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

STATUS

Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu  kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:-

1

Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

2

Memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.

3

Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.

4

Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.

KANDUNGAN KURIKULUM

Tingkatan Satu hingga Tiga

1

Tajwid

2

Hafazan

3

Ulum Al-Quran

4

Qiraat Sabie

5

Tarannum

Tingkatan 4 dan 5:

1

Tajwid

2

Hafazan

4

Qiraat Sabie

5

Tarannum

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

1

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

2

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3

Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

4

Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

5

Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.

JADUAL WAKTU

Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP)

STATUS MURID

1

Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak melebihi  20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara undividu dan latih tubi.

2

Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.

STATUS DAN PERANAN GURU AL-QURAN

Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah :

1

Melaksanakan kelas KKQ.

2

Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajarn lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.

3

Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.

4

Membimbing murid-murid membaca AL-Quran

5

Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.

6

Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.

7

Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.

8

Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 
 

 

   

Untuk paparan terbaik, sila gunakan Internet Explorer dengan resolusi skrin 1280 X 800

Hak Cipta Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid